Tuesday, November 23, 2010 Tags: 0 comments

Sistem Orbit dari Fasa Bulan


Sistem Orbit dari Fasa Bulan
Bulan dan matahari beredar pada satah yang berasingan. Bulan beredar di satah peredarannya berbanding dengan matahari yang beredar di satah ekliptik. Satah peredaran bulan dan matahari akan bersilangan di titik- titik nod (uqdah) pada sudut persilangan purata 5° 09'. Oleh kerana orbit bulan mengelilingi bumi berbentuk elips, maka jarak bulan ke bumi sentiasa berubah. Bulan berada di kedudukan terjauh dari bumi dinamakan titik apogee pada jarak sejauh 406 610 km, manakala titik terdekat iaitu perigee sejauh 356 334 km. Kedudukan yang berbeza-beza ini akan menyebabkan halaju pergerakan bulan dan saiz diameternya sentiasa berubah dalam satu pusingan qamariyah.
Bagi pemerhati di bumi, bahagian bulan yang dapat dilihat sama di sepanjang masa, kecuali pada bahagian-bahagian tertentu akibat kesan liberasi. Fasa bulan bermula dengan berlakunya ijtimak. Dalam astronomi takwim ijtimak disifatkan sebagai pemisahan antara fasa bulan lama dengan bulan baru. Secara Fizikal, ijtimak berlaku apabila bulan berada di antara bumi dengan matahari. Ketika ijtimak, bahagian bulan yang bercahaya menghadap ke arah matahari, manakala bahagian yang gelap menghadap ke arah bumi. Berdasarkan kedudukan bulan dan matahari di satah peredaran masing-masing, ketika ijtimak kedua-dua akan berada di longitud yang sama. Oleh itu untuk mengetahui waktu berlaku ijtimak, perlu dikirakan kedudukan longitud bulan dan matahari. Pengiraan waktu berlaku ijtimak boleh juga dibuat dengan menggunakan formula tertentu.
Selepas berlaku ijtimak, pembesaran fasa bulan selanjutnya ditentukan oleh perubahan kedudukan bulan berbanding dengan matahari. Dalam sistem orbit bulan dan bumi berpusatkan matahari, bulan selepas ijtimak berada sebelah timur matahari, sebagaimana Rajah di bawah. Julat di antara proses berlaku ijtimak dengan pembentukan fasa selanjutnya boleh ditunjukkan sama ada dalam kuantiti perbezaan longitud, arka pemisahan bulan dan matahari iaitu perbezaan jarak hamal ataupun umur bulan yang merujuk kepada susulan masa selepas berlaku ijtimak.
Misalnya umur bulan ketika waktu matahari atau bulan terbenam. Secara umum, kuantiti ini dapat memberikan gambaran perbezaan kedudukan di antara bulan dengan matahari dan fasa bulan yang berkaitan. Dalam sehari, bulan beredar pada kadar 13° atau 0.5° per jam. Secara berperingkat, sedikit demi sedikit bahagian bulan yang bercahaya mula kelihatan dan bumi sebagai anak bulan (hilal). Selepas tujuh hari, fasa bulan menjadi suku muda. pada hari ke-14 atau 15, fasa bulan menjadi purnama. Dari segi fizikal, fasa purnama berlaku apabila bulan berada pada kedudukan setentang dengan matahari. Ketika ini bahagian bulan yang menerima cahaya matahari menghadap ke arah bumi sepenuhnya. Lebih kurang tujuh hari selepas fasa bulan purnama, fasa berikutnya ialah suku tua atau suku ketiga. Ketika ini bulan telah mendekati matahari pada sebelah barat. Apabila bulan sekali lagi berada di tengah-tengah di antara bumi dengan matahari, maka berlaku sekali lagi proses ijtimak bagi fasa bulan berikutnya.

Terbit dan Terbenam Bulan

Terbit dan terbenam bulan berkait rapat dengan perubahan fasanya. Selepas ijtimak bulan akan terbit selepas matahari terbit, dan kelihatan rendah di ufuk barat selepas matahari terbenam. Semakin hari bulan akan terbit semakin lewat pada kadar purata 51 minit setiap hari. Ketika bulan sabit muda, bulan akan terbit pada waktu tengah hari dan terbenam pada waktu tengah malam. Sebelum fasa bulan purnama, bulan akan terbit sebelum waktu matahari terbenam, dan terbenam sebelum matahari terbit. Manakala bulan suku tua pula akan terbit ketika tengah malam dan terbenam pada tengah hari berikutnya. Sebelum berlaku ijtimak, bulan akan terbit pada waktu subuh menyebabkan bulan yang berbentuk sabit kelihatan rendah di ufuk timur sebelum waktu matahari terbit.

BERSERAH KEPADA ALLAH

Monday, November 22, 2010 Tags: 0 comments

Astronomi dalam Tamadun Islam dan Keadaan Semasa

Astronomi dalam Tamadun Islam dan Keadaan Semasa:

Astronomi mempunyai tempat yang istimewa dalam sains. Ianya selalu disebut sebagai "ratu" sains. Tetapi di kebanyakan negara membangun dan negara Islam, ianya dianggap tidak lebih dari melihat bintang dan teleskop, walaupun teleskop hanya wujud sejak 400 tahun yang lalu (Galileo menjadi orang pertama menggunakanya), padahal astronomi sudah wujud sejak dari awal lagi (time immemorial). Satu lagi pandangan ialah kajian firasat "Bintang Anda Hari Ini". Jarang orang menyedari bahawa astronomi bukan sains firasat untuk meramalkan masa depan seseorang. Malah ia menentukan masa depan negara-negara!!
Astronomi merupakan suatu cabaran kepada orang-orang Islam. Menguasai dan membina bidang ini adalah suatu yang wajib, bagi memenuhi keperluan astronomi tertentu mereka yang beriman dalam menentukan masa, taqwim dan arah Qiblat. Matematiknya perlu dibena sebelum mencari penyelesaiannya. Dengan keutamaan ilmu dan kajian yang ditekankan oleh Islam, dengan kesedaran negara-negara yang merasakan mereka perlu memikul tanggungjawab ini dan mempertahankan maruah Islam dengan kiraan memberi sokongan terhadap pengajian sains, maka tidak hairanlah orang-orang Islam telah menguasai bidang ini selama 700 tahun, meninggalkan jauh kebelakang penganut kepercayaan yang lebih dahulu -- kristian -- dan tamadun Barat, terutamanya dalam 500 tahun pertama. Sebahagian sebabnya ialah konflik yang diketahui umum antara Gereja dan Sains, terutama dalam astronomi -- Galileo hanya dibebas dari tuduhan dalam tahun 1684, sementara Copernicus pula tidak boleh menghasilkan buku mengenai astronomi sepanjang hayatnya !! Tanadun Sains Barat Moden baru berusia beberapa ratus tahun, tetapi pencapaian di dalam penerokaan sainsnya dalam masa 50 tahun terakhir ini sangat menakjubkan sehingga semua tamadun lain -- termasuk Cina, Hindu dan Islam -- tertinggal jauh di belakang.
Penguasaan sains oleh Islam begitu menyeluruh bagi 350 tahun selepas penubuhan Baghdad (762), sehingga seorang ahli sejarah George Sarton, telah memperuntukkan masa setiap 50 tahun tertentu kepada seorang Islam. Dalam jangka masa yang sengkat, Baghdad telah menjadi satu-satunya bandaraya sains Islam yang terpenting. Fasa pertama di Baitul Hikmah ialah penghantaran dan penterjemahan. Ini kemudian diikuti oleh fasa pembangunan sains -- terutamanya astronomi, matematik, fizik dan perubatan. Sayangnya, kejatuhan Baghdad di tangan Hulagu Khan (1258) memberi isyarat suatu malapetaka terhadap perkembangan sains di seluruh dunia amnya, tetapi terhadap orang-orang Islam khasnya. Bagi Islam, sains tidak dapat lagi menduduki tempat asalnya setelah kejatuhan itu.
Di zaman selepas kolonial (selepas perang dunia II), sains dan teknologi, astronomi gunaan dan astronomi Islam telah tertinggal dan hampir dilupakan, walaupun negara-negara orang Islam ini mula memberi perhatian kepada pendidikan. Dengan itu tidaklah menghairankan, kita melihat keadaan yang kucar kacir setiap kali tiba Hari Raya. Ini merupakan suatu imbasan dari keadaan sebenar sains Islam. Apakah ada suatu institusi berotoriti atau suatu pusat yang menyelesaikan keperluan data astronomi bagi seluruh masyarakat Islam dan memberi nasihat dan penjelasan sains? Jawabnya tiada. Semua masyarakat / negara yang terkemuka menghasilkan almanak sendiri kecuali (negara-negara orang) Islam. Dalam keadaan yang sebegini pun, bila Asas Sains, Teknologi dan Pembangunan Islam (IFSTAD) berpusat di Judah, merancang untuk menganjur dan melaksanakan Pusat-pusat Kecemerlangan (Centres of Excellence) tiada seorang pun merasakan perlunya diberi perhatian mengenai astronomi Islam.
BERSERAH KEPADA ALLAH

TUAN HAJI ABDUL GHANI BIN SALLEH ( TOKOH ILMU FALAK MELAYU)


TUAN HAJI ABDUL GHANI BIN SALLEH
( TOKOH ILMU FALAK MELAYU)
Haji Abdul Ghani Salleh

Lahir di Kampung Paya Keladi, Kuala Terengganu tahun 1929. Kini menetap di alamat 25, Jalan Bakti, Off Jalan Kamaruddin, 20400 Kuala Terengganu. Mendapat pendidikan di Sekolah Rendah, Paya Bunga, Kuala Terengganu. Memulai dengan kerjaya sebagai nelayan kini dikenali sebagai ahli falak syarie yang berkebolahan. Dengan ilmu yang ada beliau telah banyak memberikan khidmat dalam memperkembangkan ilmu ini dengan mengajarkannya di Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura. Kerana kepakarannya itu selalu juga beliau diundang ke Persidangan Antarabangsa dalam bidang ilmu falak. Pencapaiannya dalam ilmu falak syarie dengan menggunakan peralatan baru sangat memudahkan pelajar yang berminat untuk mempelajari ilmu ini. Keikhlasannya untuk mengajar ilmu ini sungguh mengkagumkan.
Pernah menjadi pensyarah ilmu falak di Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) 1986 - 1996 juga bekas pesara penguasa penjara pada 31.12.1984 ini telah berjaya menghasilkan bermacam-macam jenis buku mengenai penentuan dan perbandingan bulan Hijrah dan Masihi.
Antara terbaik setakat ini ialah buku taqwin istilah 0001 Hijrah ke 1,500 Hijrah dan Masihi setebal 1,501 muka terbitan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu pada 1992 (1413 Hijrah) itu dijual dengan harga RM70. Ianya bermula daripada 1.1.0001 Hijrah bersamaan 16.7.622 Masihi hingga 29.12.1500 Hijrah bersamaan 16.11.2077 Masihi.
Senarai kerjayanya seperti berikut:
1.6.1949-   Warder Penjara, Penjara Kuala Terengganu (sekarang tapak Perhentian Bas Majlis Perbandaran Kuala Terengganu),1950-bertukar ke Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan,1963 -bertukar ke Sekolah Latihan Pegawai-pegawai Penjara, Taiping, Perak ,bertugas sebagai Pensyarah Undang-Undang dan Peraturan Penjara.1976 bertukar ke Penjara Kuantan, Pahang.1978 bertukar ke Penjara Pengkalan Chepa dan menjadi Kem Komander di Pulau Bidong (1979).1980 bertukar ke Pusat Pemulihan Akhlak Pulau Jerejak, Pulau Pinang.
31.12.81-   Bersara wajib dari Jabatan Penjara sebagai Pengasas Penjara.

1985 - Mengajar Ilmu Falak Syarie di Yayasan Islam Terengganu, Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal     Abidin, Batu Burok dan Pusat Islam Malaysia (JAKIM).1986 – 1996 mengajar Ilmu Falak Syarie di Kolej Agama Sultan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Terengganu secara sambilan dan kontrak.
1988 - Mengajar Ilmu Falak Syarie di bawah Kementerian Hal Ehwal Agama Negara Brunei Darussalam.1992 mengajar Ilmu Falak Syarie di Majlis Agama Islam Singapura (MUIS).1995 mengajar Ilmu Falak Syarie di Selatan Thailand dan 1998 mengajar Ilmu Falak Syarie di Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia.
Julai 1999- Mengajar Ilmu Falak Syarie di INSANIAH Taman Wira Mergang, Jalan Sultanah, Alor Setar, Kedah selama dua tahun (kontrak).
Tokoh yang mempunyai 12 orang anak iaitu 6 lelaki dan 6 perempuan ini mendapat didikan ilmu Falak daripada Ustaz Haji Mohd Khair bin Haji Mohd Taib di Pusat Islam Malaysia tahun 1983 / 1984 (sebelum bersara). Juga diperolehi di Indonesia dalam tahun 1985. Mempunyai hobi mengembara ini memudahkan beliau menyambut seruan tugas ke seluruh pelusuk tanah air dan luar negeri juga, terutama di negara ASEAN.
Malah beberapa buah agensi seperti Esso pernah memintanya menyediakan waktu solat di pelantar minyak laut Terengganu kerana waktu di daratan dan di lautan, juga di dalam pesawat waktu solat berbeza-beza.
Sesungguhnya minatnya yang begitu mendalam terhadap Ilmu Falak itu tidak dapat dikawal. Apa lagi tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan semasa bertugas di Pulau Jerjak. Dalam masa yang sama pula, beliau sering mendengar kakitangan dari jabatan agama yang mengajar banduan tentang Ilmu Falak sehingga beliau sanggup berulang alik ke Pusat Islam di Kuala Lumpur untuk mendalami ilmu tersebut.
Berkat kesabarannya dan ketekunannya mengambil cuti khas untuk belajar, beliau kini lebih dikenali sebagai ahli Falak yang baik dan bukan penguasa penjara.
Abdul Ghani yang mempunyai berbagai-bagai jenis alat moden dan canggih untuk mengajar ilmu falak kepada sesiapa yang berminat.
(Saya sempat mendalami bidang ini daripada arwah dari tahun 2003 hingga ke akhir usianya…..Al-Fatihah untuk Yang Mulia Guru ku, moga rohnya dicucuri Rahmat)
Telah kembali ke Rahmatullah pada awal subuh pagi Jumaat 7 Ramadhan 1430 bersamaan 28 Ogos 2009, di rumahnya di Kuala Terengganu.

sumber: Koleksi Terengganu PPAT
BERSERAH KEPADA ALLAH

PENYELARASAN ZON-ZON WAKTU SOLAT SELURUH MALAYSIA


PENYELARASAN ZON-ZON WAKTU SOLAT SELURUH MALAYSIA

Negeri Perlis
Kangar, Padang Besar dan Arau berpandukan kordinat rujukan Kangar:
Latitud : U 6° 26’
Longitud : T 100° 11’

Negeri Kedah
Zon 1
Daerah-daerah Kubang Pasu, Kota Setar, Pendang, Kulim, Bandar Bharu, Kuala Muda dan Yan berpandukan kordinat rujukan Kg. Sanglang:
Latitud : U 6° 17’
Longitud : T 100° 13’

Zon 2
Daerah-daerah Baling, Sik dan Padang Terap berpandukan kordinat rujukan Pekan Kuala Nerang:
Latitud : U 6° 15’
Longitud : T 100° 37’

Zon 3
Daerah Langkawi berpandukan kordinat rujukan Kg. Kok, Langkawi:
Latitud : U 6° 22’
Longitud : T 99° 41’

Zon 4
Gunung Jerai berpandukan kordinat rujukan:
Latitud : U 5° 47’
Longitud : T 100° 27’
Ketinggian : 1214 meter

Negeri Pulau Pinang
Georgetown, Balik Pulau, Bukit Mertajam, Butterworth, Kepala Batas dan Nibong Tebal berpandukan kordinat rujukan Pantai Acheh:
Latitud : U 5° 25’
Longitud : T 100° 12’

dengan kawasan puncak Bukit Bendera dikurang 3 minit pada waktu Subuh, Syuruk dan Dhuha serta ditambah 3 minit pada waktu Maghrib.

Negeri Perak
Zon 1
Daerah Hulu Perak, Daerah Kuala Kangsar, Daerah Kinta dan Daerah Batang Padang berpandukan kordinat rujukan Kuala Kangsar:
Latitud : U 4° 46’
Longitud : T 100° 56’

Zon 2
Daerah Kerian, Daerah Larut Matang dan Selama, Daerah Perak Tengah, Daerah Hilir Perak dan Daerah Manjong berpandukan kordinat rujukan Parit Buntar:
Latitud : U 5° 08’
Longitud : T 100° 28’

Zon 3
Bukit Larut:
Latitud : U 4° 52’
Longitud : T 100° 48’
Ketinggian : 945 meter

Negeri Selangor
Zon 1 (Timur)
Daerah Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling dan Shah Alam berpandukan kordinat rujukan Kg. Gedangsa:
Latitud : U 3° 44’
Longitud : T 101° 23’

Zon 2 (Barat)
Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat berpandukan kordinat rujukan Sabak Bernam (Pekan BNO):
Latitud : U 3° 46’
Longitud : T 100° 53’


Wilayah Persekutuan
Zon 1
Kuala Lumpur dan Putrajaya berpandukan kordinat rujukan Kg. Gedangsa:
Latitud : U 3° 44’
Longitud : T 101° 23’

Zon 2
Labuan
Latitud : U 5° 17’
Longitud : T 115° 14’

Negeri Sembilan Darul Khusus
Zon 1
Daerah Jempol dan Tampin berpandukan kordinat rujukan Kg. Baru Serting:
Latitud : U 2º 54’
Longitud : T 102º 19’

Zon 2
Daerah Port Dickson, Seremban, Kuala Pilah, Jelebu dan Rembau berpandukan kordinat rujukan Port Dickson:
Latitud : U 2º 32’
Longitud : T 101º 48’

Negeri Melaka
Bandar Melaka, Alor Gajah, Jasin, Masjid Tanah, Merlimau dan Nyalas berpandukan kordinat rujukan Kuala Linggi:
Latitud : U 2º 23’
Longitud : T 101º 59’

Negeri Johor
Pulau Aur dan Pemanggil berpandukan kordinat rujukan Pulau Pemanggil (Kg. Buau):
Latitud : U 2º 35’
Longitud : T 104º 19’

Zon 2
Kota Tinggi, Mersing dan Johor Bahru berpandukan kordinat rujukan Kg. Sedenak:
Latitud : U 1º 43’
Longitud : T 103º 32’

Zon 3
Kluang dan Pontian berpandukan kordinat rujukan Tampok:
Latitud : U 1º 39’
Longitud : T 103º 12’

Zon 4
Batu Pahat, Muar, Segamat dan Gemas Johor berpandukan kordinat rujukan Tangkak:
Latitud : U 2º 16’
Longitud : T 102º 32’

Negeri Pahang
Zon Pulau
Pulau Tioman berpandukan kordinat rujukan Kg. Genting, Pulau Tioman:
Latitud : U 2º 46’
Longitud : T 104º 07’

Zon Timur
Kuantan, Pekan, Rompin dan Muadzam Shah berpandukan kordinat rujukan Cempaka:
Latitud : U 3º 05’
Longitud : T 102º 47’

Zon Tengah
Maran, Chenor, Temerloh, Bera dan Jerantut berpandukan kordinat rujukan Kg. Sempadan, Temerloh:
Latitud : U 3º 28’
Longitud : T 102º 07’

Zon Barat
Bentong, Raub dan Kuala Lipis berpandukan kordinat rujukan Kg. Hulu Sungai:

Latitud : U 3º 59’
Longitud : T 101º 44’

Zon Tanah Tinggi 1
Bukit Fraser, Genting Highlands, Bukit Tinggi, Genting Sempah dan Janda Baik
berpandukan kordinat rujukan Genting Highlands:
Latitud : 03º 43’
Longitud : 101º 44’
Ketinggian : 1500 meter

Zon Tanah Tinggi 2
Cameron Highlands berpandukan kordinat rujukan Cameron Highlands:
Latitud : U 4º 28’
Longitud : T 101º 22’
Ketinggian : 1430 meter

Kelantan
Zon 1
Meliputi Jajahan Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Daerah Chiku (Jajahan Gua Musang) berpandukan kordinat rujukan Rantau Panjang:
Latitud : U 6° 01’
Longitud : T 101° 59’

Zon 2
Jajahan Jeli dan Gua Musang termasuk Daerah Galas dan Bertam berpandukan kordinat rujukan Pos Dakoh:
Latitud : U 4° 57’
Longitud : T 101° 30’

Negeri Terengganu
Zon 1
Daerah Kuala Terengganu dan Marang berpandukan kordinat rujukan:
Latitud : U 5° 15’
Longitud : T 102° 58’

Zon 2
Daerah Besut dan Setiu berpandukan kordinat rujukan:
Latitud : U 5° 25’
Longitud : T 102° 25’

Zon 3
Daerah Hulu Terengganu berpandukan kordinat rujukan:
Latitud : U 5° 00’
Longitud : T 102° 32’

Zon 4
Daerah Dungun dan Kemaman berpandukan kordinat rujukan:
Latitud : U 4° 30’
Longitud : T 102° 52’

Negeri Sabah
Zon 1 Bahagian Sandakan (Timur)
Bandar Sandakan, Bukit Garam, Semawang, Temanggong dan Tambisan berpandukan kordinat rujukan Bukit Garam:
Latitud : U 5º 30’
Longitud : T 117º 48’

Zon 2 Bahagian Sandakan (Barat)
Pinangah, Terusan, Beluran, Kuamut dan Telupid berpandukan kordinat rujukan Pinangah:
Latitud : U 5º 13’
Longitud : T 116º 49’

Zon 3 Bahagian Tawau (Timur)
Lahad Datu, Kunak, Silabukan, Tungku, Sahabat dan Semporna berpandukan kordinat rujukan Lahad Datu:
Latitud : U 5º 01’
Longitud : T 118º 20’

Zon 4 Bahagian Tawau (Barat)
Bandar Tawau, Balong, Merotai dan Kalabakan berpandukan kordinat rujukan Kalabakan:
Latitud : U 4º 25’
Longitud : T 117º 30’

Zon 5 Bahagian Kudat
Kudat, Kota Marudu, Pitas dan Pulau Banggi berpandukan kordinat rujukan Kudat:
Latitud : U 6º 53’
Longitud : T 116º 50’

Zon 6 Gunung Kinabalu
Gunung Kinabalu berpandukan kordinat rujukan Gunung Kinabalu:
Latitud : U 6º 05’
Longitud : T 116º 32’
Ketinggian : 4101 meter

Zon 7 Bahagian Pantai Barat
Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran, Papar, Kota Belud dan Ranau berpandukan kordinat rujukan Papar:
Latitud : U 5º 44’
Longitud : T 115º 56’

Zon 8 Bahagian Pedalaman (Atas)
Pensiangan, Keningau, Tambunan dan Nabawan berpandukan kordinat rujukan Keningau:
Latitud : U 5º 20’
Longitud : T 116º 10’

Zon 9 Bahagian Pedalaman (Bawah)
Sipitang, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Tenom dan Long Pa Sia berpandukan kordinat rujukan Sipitang:
Latitud : U 5º 05’
Longitud : T 115º 33’

Sarawak
Zon 1
Limbang, Sundar, Trusan dan Lawas berpandukan kordinat rujukan Limbang:
Latitud : U 4º 47’
Longitud : T 114º 50’

Zon 2
Niah, Belaga, Sibuti, Miri, Bekenu dan Marudi berpandukan kordinat rujukan Niah:
Latitud : U 3º 53’
Longitud : T 113º 43’

Zon 3
Song, Belingian, Sebauh, Bintulu, Tatau dan Kapit berpandukan kordinat rujukan Tatau:
Latitud : U 2º 53’
Longitud : T 112º 52’

Zon 4
Igan, Kanowit, Sibu, Dalat dan Oya berpandukan kordinat rujukan Igan:
Latitud : U 2º 50’
Longitud : T 111º 42’

Zon 5
Belawai, Matu, Daro, Sarikei, Julau, Bintangor dan Rajang berpandukan kordinat rujukan Belawai:
Latitud : U 2º 14’
Longitud : T 111º 13’

Zon 6
Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkelili, Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Roban dan Debak berpandukan kordinat rujukan Kabong:
Latitud : U 1º 47’
Longitud : T 111º 07’

Zon 7
Samarahan, Simunjan, Serian, Sebuyau dan Meludam berpandukan kordinat rujukan Kota Samarahan:
Latitud : U 1º 28’
Longitud : T 110º 29’

Zon 8
Kuching, Bau, Lundu dan Sematan berpandukan kordinat rujukan Sematan:
Latitud : U 1º 49’
Longitud : T 109º 46’


BERSERAH KEPADA ALLAH