Sunday, June 5, 2011 0 comments

jejak kasih ALUMNI FALAKSYARIEMMP


Assalamualaikum


 Perhatian kepada alumni FALAKSYARIEMMP, sila update status anda di ruangan komen di bawah.

1) Nama penuh
2) Tempat pengajian atau pekerjaan sekarang
3) Alumni batch tahun _____ ...


Kerjasama anda amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.



 Semoga ukhuwwah sesama kita berkekalan. 
 Spread the love.
 Salam ALUMNI PIFA MMP

Sunday, January 16, 2011 0 comments

Program Realiti Menjejak Bintang Musim ke-2


Aktiviti Realiti Menjejak Bintang Musim ke-2 akan berlangsung sekali lagi untuk tahun 2011 ini. Berbumbungkan ribuan bintang dan pasir pantai seluas mata memandang, Musim ke-2 ini akan memberi fokus kepada tema utama komuniti astronomi amatur tahun ini, iaitu astroFOtografi!
(Above: Photo credit abejih)
Anjuran bersama Komuniti Falak Online dan Balaicerap Mini Dr. Rowi, ia akan dilangsungkan di tarikh, lokasi berikut:
Tarikh: 1-5 Feb 2011 
Tempat: Pantai Mek Mas dan Balaicerap Mini Dr.Rowi
Tema: astroFOtografi.
Apa perlu bawa?
Bawalah segala peralatan yang ada, teleskop, kamera, kameraphone, webcam, dan lain-lain untuk sama-sama menjelajah dan menikmati keindahan langit malam dari kawasan pantai timur.
Apa yang akan nampak?
Bulan Feb merupakan bulan utama untuk menjelajahi kawasan langit buruj Orion dan persekitaran.  Menjelang tengah malam, kawasan kaya dengan Galaksi-galaksi, iaitu diburuj Virgo dan Canes Venatici akan berada tinggi di langit. Menghampiri Subuh, kawasan kegemaran saya, buruj Crux, Centaurus dan buruj purba Argo Navis sedang memenuhi langit selatan
(Foto di bawah diambil oleh saudara Redzuan di Pantai Mek Mas ketika aktiviti musim 2010 lepas. Photo credit redzuan)
Nak duduk mana?
Penginapan tidak disediakan, namun boleh hubungi terus dengan Dr.Rowi berkaitan dengan penggunaan rumah wakafnya di pantai Mek Mas, sebagai lokasi menginap atau berkhemah.
(Photo credit redzuan)
Berhampiran di situ juga ada sebuah Kijang Homestay. Boleh rujuk di http://kickdefella.wordpress.com/2008/05/08/kijang-care-homestay-in-pantai-mek-mas/
Aktiviti lain ada ke?
Terpulang kepada imaginasi masing-masing :-)
(Photo credit redzuan)
(Photo credit mymoon)
(Photo credit redzuan)
Jom siapa mau join, sila khabar-khabarkan kehadiran anda.

sumber dari : falakonline