Jika dilihat dari segi Sains dan Teknologi, kejadian aurora biasanya berlaku di lapisan atmosfera yang dikenali sebagai ionosfera. Ionosfera terletak di lapisan termosfera bumi dengan ketinggiannya dari aras bumi amnya bermula dari 90 hingga 1000 kilometer dari aras bumi (lebih tinggi daripada penerbangan jet udara).
Zarah-zarah bercas dari sinar matahari yang lebih dikenali dengan angin suria bergerak pantas ke atmosfera bumi. Ia bergerak dengan kelajuan supersonic dari 300 ke 1000 km sesaat. Ia juga dikenali sebagai plasma kawasan angkasa bumi yang dikelilingi medan magnet dikenali sebagai magnetosfera. Kawasan ini akan berinteraksi dengan angin suria yang dipenuhi oleh zarah-zarah bercas tersebut.
Walau bagaimanapun, sebahagian besar bumi dilindungi zarah-zarah ini oleh medan magnet bumi kecuali di kawasan kutub, zarah-zarah ini bergerak hingga ke ruang atmosferanya. Angin suria ini sangat berkaitan dengan aktiviti matahari yang mempunyai kitaran setiap 11tahun.
Kehadiran tompok matahari dan nyalaan suria dan gangguan lain di matahari akan mempengaruhi angin suria ini. Zarah-zarah dengan tenaga tinggi ini, iaitu dari 1 hingga 100 kilo electron volt termendak dilapisan E atmosfera dan menghentam gas-gas di situ dan berlakunya pengionan (pembebasan electron dari atom dan molekul gas).
Tenaga yang tinggi terhasil daripada pengionan ini akan mengeluarkan cahaya. Kejadian ini boleh diandaikan seperti alur electron dari hujung tiub televisyen yang menghentam fostor di belakang dan menghasilkan cahaya yang boleh kita lihat di kaca televisyen.

KENAPAKAH KITA HANYA BOLEH MELIHAT AURORA DI LATITUD TINGGI ATAU DI KAWASAN KUTUB?
Untuk memahami kejadian ini, kita perlu memahami kewujudan medan magnet bumi (di magnetosfera). Garis-garis medan mengelilingi bumi seperti kehadiran bar magnet dwi kutub di dalamnya. Garis medan ini keluar dari bumi di hemisfera selatan dan masuk ke bumi di hemisfera utara.
Zarah-zarah tersebut akan bergerak dan terperangkap di medan magnet bumi ini. Zarah-zarah ini akan mengalami satu daya yang dikenali sebagai daya Lorentz yang menyebabkannya berpiling disekeliling garis medan tersebut. Zarah-zarah bertenaga tinggi yang terperangkap di medan magnet ini akan mencorong ke bawah sama ada ke kutub selatan atau utara yang mana garis medan tersebut keluar dan masuk.
Oleh itu, kesan pengionan yang menghasilkan cahaya hanya boleh dilihat di kawasan latitude tinggi. Ia akan kelihatan seperti bentuk gegelang jika dilihat dari bahagian kutub yang dikenali sebagai auroral oval.
Aurora boleh dilihat dalam pelbagai warna seperti warna hijau, ungu dan merah kerana berasal dari atom dan molekul nitrogen dan oksigen di angkasa. Warna ini bergantung pada jenis atom dan molekul yang terlibat dalam proses pengionan tersebut.
sumber : LaUtAn PeRmAta iLmU
salam ukhuwwah
Assalamualaikum, selamat datang ke laman Persatuan Ilmu Falak Syarie dan Astronomi, Maahad Muhammadi Perempuan bagi sesi 2010/2011. Laman ini dibina bagi memudahkan pelajar mendapat info-info terkini terus dari pihak jawatankuasa persatuan. Selain itu, kami juga mengalu-alukan sebarang komen, kritikan dan cadangan daripada pihak pelajar untuk kami memperbaiki setiap sudut gerak kerja yang kami lakukan.SEGALA CADANGAN BOLEH DIUTARAKAN KEPADA
falaksyariemmp@yahoo.com (email rasmi persatuan)
About Me
- falaksyarieMMP
- KOTA BHARU, KELANTAN, Malaysia
- SEBUAH PERSATUAN YG DITUBUHKAN DI MMP SEJAK 2005 SEHINGGA SEKARANG DI BIMBING OLEH USTAZ MOHD NOR HUSAIN
Terbaru di sini
Like this Page
Followers
peningkatan trafik
© 2010-2011 FALAK SYARIE MMP. Powered by Blogger.
Sistem Orbit dari Fasa Bulan
Bulan dan matahari beredar pada satah yang berasingan. Bulan beredar di satah peredarannya berbanding dengan matahari yang beredar di satah ekliptik. Satah peredaran bulan dan matahari akan bersilangan di titik- titik nod (uqdah) pada sudut persilangan purata 5° 09'. Oleh kerana orbit bulan mengelilingi bumi berbentuk elips, maka jarak bulan ke bumi sentiasa berubah. Bulan berada di kedudukan terjauh dari bumi dinamakan titik apogee pada jarak sejauh 406 610 km, manakala titik terdekat iaitu perigee sejauh 356 334 km. Kedudukan yang berbeza-beza ini akan menyebabkan halaju pergerakan bulan dan saiz diameternya sentiasa berubah dalam satu pusingan qamariyah. Bagi pemerhati di bumi, bahagian bulan yang dapat dilihat sama di sepanjang masa, kecuali pada bahagian-bahagian tertentu akibat kesan liberasi. Fasa bulan bermula dengan berlakunya ijtimak. Dalam astronomi takwim ijtimak disifatkan sebagai pemisahan antara fasa bulan lama dengan bulan baru. Secara Fizikal, ijtimak berlaku apabila bulan berada di antara bumi dengan matahari. Ketika ijtimak, bahagian bulan yang bercahaya menghadap ke arah matahari, manakala bahagian yang gelap menghadap ke arah bumi. Berdasarkan kedudukan bulan dan matahari di satah peredaran masing-masing, ketika ijtimak kedua-dua akan berada di longitud yang sama. Oleh itu untuk mengetahui waktu berlaku ijtimak, perlu dikirakan kedudukan longitud bulan dan matahari. Pengiraan waktu berlaku ijtimak boleh juga dibuat dengan menggunakan formula tertentu.
Selepas berlaku ijtimak, pembesaran fasa bulan selanjutnya ditentukan oleh perubahan kedudukan bulan berbanding dengan matahari. Dalam sistem orbit bulan dan bumi berpusatkan matahari, bulan selepas ijtimak berada sebelah timur matahari, sebagaimana Rajah di bawah. Julat di antara proses berlaku ijtimak dengan pembentukan fasa selanjutnya boleh ditunjukkan sama ada dalam kuantiti perbezaan longitud, arka pemisahan bulan dan matahari iaitu perbezaan jarak hamal ataupun umur bulan yang merujuk kepada susulan masa selepas berlaku ijtimak.
Terbit dan Terbenam Bulan
Terbit dan terbenam bulan berkait rapat dengan perubahan fasanya. Selepas ijtimak bulan akan terbit selepas matahari terbit, dan kelihatan rendah di ufuk barat selepas matahari terbenam. Semakin hari bulan akan terbit semakin lewat pada kadar purata 51 minit setiap hari. Ketika bulan sabit muda, bulan akan terbit pada waktu tengah hari dan terbenam pada waktu tengah malam. Sebelum fasa bulan purnama, bulan akan terbit sebelum waktu matahari terbenam, dan terbenam sebelum matahari terbit. Manakala bulan suku tua pula akan terbit ketika tengah malam dan terbenam pada tengah hari berikutnya. Sebelum berlaku ijtimak, bulan akan terbit pada waktu subuh menyebabkan bulan yang berbentuk sabit kelihatan rendah di ufuk timur sebelum waktu matahari terbit.BERSERAH KEPADA ALLAH
Subscribe to:
Posts (Atom)
