salam ukhuwwah
About Me
- falaksyarieMMP
- KOTA BHARU, KELANTAN, Malaysia
- SEBUAH PERSATUAN YG DITUBUHKAN DI MMP SEJAK 2005 SEHINGGA SEKARANG DI BIMBING OLEH USTAZ MOHD NOR HUSAIN
Terbaru di sini
Like this Page
Followers
peningkatan trafik
Jika dilihat dari segi Sains dan Teknologi, kejadian aurora biasanya berlaku di lapisan atmosfera yang dikenali sebagai ionosfera. Ionosfera terletak di lapisan termosfera bumi dengan ketinggiannya dari aras bumi amnya bermula dari 90 hingga 1000 kilometer dari aras bumi (lebih tinggi daripada penerbangan jet udara).
Zarah-zarah bercas dari sinar matahari yang lebih dikenali dengan angin suria bergerak pantas ke atmosfera bumi. Ia bergerak dengan kelajuan supersonic dari 300 ke 1000 km sesaat. Ia juga dikenali sebagai plasma kawasan angkasa bumi yang dikelilingi medan magnet dikenali sebagai magnetosfera. Kawasan ini akan berinteraksi dengan angin suria yang dipenuhi oleh zarah-zarah bercas tersebut.
Walau bagaimanapun, sebahagian besar bumi dilindungi zarah-zarah ini oleh medan magnet bumi kecuali di kawasan kutub, zarah-zarah ini bergerak hingga ke ruang atmosferanya. Angin suria ini sangat berkaitan dengan aktiviti matahari yang mempunyai kitaran setiap 11tahun.
Kehadiran tompok matahari dan nyalaan suria dan gangguan lain di matahari akan mempengaruhi angin suria ini. Zarah-zarah dengan tenaga tinggi ini, iaitu dari 1 hingga 100 kilo electron volt termendak dilapisan E atmosfera dan menghentam gas-gas di situ dan berlakunya pengionan (pembebasan electron dari atom dan molekul gas).
Tenaga yang tinggi terhasil daripada pengionan ini akan mengeluarkan cahaya. Kejadian ini boleh diandaikan seperti alur electron dari hujung tiub televisyen yang menghentam fostor di belakang dan menghasilkan cahaya yang boleh kita lihat di kaca televisyen.

KENAPAKAH KITA HANYA BOLEH MELIHAT AURORA DI LATITUD TINGGI ATAU DI KAWASAN KUTUB?
Untuk memahami kejadian ini, kita perlu memahami kewujudan medan magnet bumi (di magnetosfera). Garis-garis medan mengelilingi bumi seperti kehadiran bar magnet dwi kutub di dalamnya. Garis medan ini keluar dari bumi di hemisfera selatan dan masuk ke bumi di hemisfera utara.
Zarah-zarah tersebut akan bergerak dan terperangkap di medan magnet bumi ini. Zarah-zarah ini akan mengalami satu daya yang dikenali sebagai daya Lorentz yang menyebabkannya berpiling disekeliling garis medan tersebut. Zarah-zarah bertenaga tinggi yang terperangkap di medan magnet ini akan mencorong ke bawah sama ada ke kutub selatan atau utara yang mana garis medan tersebut keluar dan masuk.
Oleh itu, kesan pengionan yang menghasilkan cahaya hanya boleh dilihat di kawasan latitude tinggi. Ia akan kelihatan seperti bentuk gegelang jika dilihat dari bahagian kutub yang dikenali sebagai auroral oval.
Aurora boleh dilihat dalam pelbagai warna seperti warna hijau, ungu dan merah kerana berasal dari atom dan molekul nitrogen dan oksigen di angkasa. Warna ini bergantung pada jenis atom dan molekul yang terlibat dalam proses pengionan tersebut.
sumber : LaUtAn PeRmAta iLmU
Bagi pemerhati di bumi, bahagian bulan yang dapat dilihat sama di sepanjang masa, kecuali pada bahagian-bahagian tertentu akibat kesan liberasi. Fasa bulan bermula dengan berlakunya ijtimak. Dalam astronomi takwim ijtimak disifatkan sebagai pemisahan antara fasa bulan lama dengan bulan baru. Secara Fizikal, ijtimak berlaku apabila bulan berada di antara bumi dengan matahari. Ketika ijtimak, bahagian bulan yang bercahaya menghadap ke arah matahari, manakala bahagian yang gelap menghadap ke arah bumi. Berdasarkan kedudukan bulan dan matahari di satah peredaran masing-masing, ketika ijtimak kedua-dua akan berada di longitud yang sama. Oleh itu untuk mengetahui waktu berlaku ijtimak, perlu dikirakan kedudukan longitud bulan dan matahari. Pengiraan waktu berlaku ijtimak boleh juga dibuat dengan menggunakan formula tertentu.
Selepas berlaku ijtimak, pembesaran fasa bulan selanjutnya ditentukan oleh perubahan kedudukan bulan berbanding dengan matahari. Dalam sistem orbit bulan dan bumi berpusatkan matahari, bulan selepas ijtimak berada sebelah timur matahari, sebagaimana Rajah di bawah. Julat di antara proses berlaku ijtimak dengan pembentukan fasa selanjutnya boleh ditunjukkan sama ada dalam kuantiti perbezaan longitud, arka pemisahan bulan dan matahari iaitu perbezaan jarak hamal ataupun umur bulan yang merujuk kepada susulan masa selepas berlaku ijtimak.
Terbit dan Terbenam Bulan
Terbit dan terbenam bulan berkait rapat dengan perubahan fasanya. Selepas ijtimak bulan akan terbit selepas matahari terbit, dan kelihatan rendah di ufuk barat selepas matahari terbenam. Semakin hari bulan akan terbit semakin lewat pada kadar purata 51 minit setiap hari. Ketika bulan sabit muda, bulan akan terbit pada waktu tengah hari dan terbenam pada waktu tengah malam. Sebelum fasa bulan purnama, bulan akan terbit sebelum waktu matahari terbenam, dan terbenam sebelum matahari terbit. Manakala bulan suku tua pula akan terbit ketika tengah malam dan terbenam pada tengah hari berikutnya. Sebelum berlaku ijtimak, bulan akan terbit pada waktu subuh menyebabkan bulan yang berbentuk sabit kelihatan rendah di ufuk timur sebelum waktu matahari terbit. Astronomi dalam Tamadun Islam dan Keadaan Semasa:

Lahir di Kampung Paya Keladi, Kuala Terengganu tahun 1929. Kini menetap di alamat 25, Jalan Bakti, Off Jalan Kamaruddin, 20400 Kuala Terengganu. Mendapat pendidikan di Sekolah Rendah, Paya Bunga, Kuala Terengganu. Memulai dengan kerjaya sebagai nelayan kini dikenali sebagai ahli falak syarie yang berkebolahan. Dengan ilmu yang ada beliau telah banyak memberikan khidmat dalam memperkembangkan ilmu ini dengan mengajarkannya di Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura. Kerana kepakarannya itu selalu juga beliau diundang ke Persidangan Antarabangsa dalam bidang ilmu falak. Pencapaiannya dalam ilmu falak syarie dengan menggunakan peralatan baru sangat memudahkan pelajar yang berminat untuk mempelajari ilmu ini. Keikhlasannya untuk mengajar ilmu ini sungguh mengkagumkan.
Pernah menjadi pensyarah ilmu falak di Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) 1986 - 1996 juga bekas pesara penguasa penjara pada 31.12.1984 ini telah berjaya menghasilkan bermacam-macam jenis buku mengenai penentuan dan perbandingan bulan Hijrah dan Masihi.
Antara terbaik setakat ini ialah buku taqwin istilah 0001 Hijrah ke 1,500 Hijrah dan Masihi setebal 1,501 muka terbitan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu pada 1992 (1413 Hijrah) itu dijual dengan harga RM70. Ianya bermula daripada 1.1.0001 Hijrah bersamaan 16.7.622 Masihi hingga 29.12.1500 Hijrah bersamaan 16.11.2077 Masihi.
Senarai kerjayanya seperti berikut:
1.6.1949- Warder Penjara, Penjara Kuala Terengganu (sekarang tapak Perhentian Bas Majlis Perbandaran Kuala Terengganu),1950-bertukar ke Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan,1963 -bertukar ke Sekolah Latihan Pegawai-pegawai Penjara, Taiping, Perak ,bertugas sebagai Pensyarah Undang-Undang dan Peraturan Penjara.1976 bertukar ke Penjara Kuantan, Pahang.1978 bertukar ke Penjara Pengkalan Chepa dan menjadi Kem Komander di Pulau Bidong (1979).1980 bertukar ke Pusat Pemulihan Akhlak Pulau Jerejak, Pulau Pinang.
31.12.81- Bersara wajib dari Jabatan Penjara sebagai Pengasas Penjara.
1985 - Mengajar Ilmu Falak Syarie di Yayasan Islam Terengganu, Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin, Batu Burok dan Pusat Islam Malaysia (JAKIM).1986 – 1996 mengajar Ilmu Falak Syarie di Kolej Agama Sultan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Terengganu secara sambilan dan kontrak.
1988 - Mengajar Ilmu Falak Syarie di bawah Kementerian Hal Ehwal Agama Negara Brunei Darussalam.1992 mengajar Ilmu Falak Syarie di Majlis Agama Islam Singapura (MUIS).1995 mengajar Ilmu Falak Syarie di Selatan Thailand dan 1998 mengajar Ilmu Falak Syarie di Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia.
Julai 1999- Mengajar Ilmu Falak Syarie di INSANIAH Taman Wira Mergang, Jalan Sultanah, Alor Setar, Kedah selama dua tahun (kontrak).
Tokoh yang mempunyai 12 orang anak iaitu 6 lelaki dan 6 perempuan ini mendapat didikan ilmu Falak daripada Ustaz Haji Mohd Khair bin Haji Mohd Taib di Pusat Islam Malaysia tahun 1983 / 1984 (sebelum bersara). Juga diperolehi di Indonesia dalam tahun 1985. Mempunyai hobi mengembara ini memudahkan beliau menyambut seruan tugas ke seluruh pelusuk tanah air dan luar negeri juga, terutama di negara ASEAN.
Malah beberapa buah agensi seperti Esso pernah memintanya menyediakan waktu solat di pelantar minyak laut Terengganu kerana waktu di daratan dan di lautan, juga di dalam pesawat waktu solat berbeza-beza.
Sesungguhnya minatnya yang begitu mendalam terhadap Ilmu Falak itu tidak dapat dikawal. Apa lagi tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan semasa bertugas di Pulau Jerjak. Dalam masa yang sama pula, beliau sering mendengar kakitangan dari jabatan agama yang mengajar banduan tentang Ilmu Falak sehingga beliau sanggup berulang alik ke Pusat Islam di Kuala Lumpur untuk mendalami ilmu tersebut.
Berkat kesabarannya dan ketekunannya mengambil cuti khas untuk belajar, beliau kini lebih dikenali sebagai ahli Falak yang baik dan bukan penguasa penjara.
Abdul Ghani yang mempunyai berbagai-bagai jenis alat moden dan canggih untuk mengajar ilmu falak kepada sesiapa yang berminat.
(Saya sempat mendalami bidang ini daripada arwah dari tahun 2003 hingga ke akhir usianya…..Al-Fatihah untuk Yang Mulia Guru ku, moga rohnya dicucuri Rahmat)
sumber: Koleksi Terengganu PPAT
